SMN10032 KAWALAN KUALITI

Kursus Kawalan Kualiti direkabentuk untuk memberi latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan kawalan kualiti. Kemahiran ini membantu pelajar untuk mengaplikasi perisian komputer seperti Microsoft Excel untuk mengira, memplot graf dan menganalisa data. Pelajar dapat menggunakan alat – alat kawalan kualiti untuk memenuhi keperluan kerja di industri.