SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan aktiviti pelancongan dan pengembaraan. Program ini menawarkan modul teras Pengenalan Pelancongan, Pertolongan Cemas, Interpretasi Pelancongan, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Rekreasi Air, Tempahan Dan Tiketan dan Etika Kerja Dalam Pelancongan. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Pelancongan dan Pengembaraan.

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pelancongan dan pengembaraan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pelancongan dan pengembaraan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

1. Kerani Tempahan Dan Tiketan

2. Kerani Inbound /Outbound

3. Pembantu Jurulatih Rekreasi

4. Ketua Rombongan

5. Front Liner

6. On-Site Guide