Pengenalan

 Unit Pengajian Am adalah unit akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu unit akademik utama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Unit ini mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer, Kemahiran Insaniah, Pengajian Malaysia, Workplace English dan juga Keusahawanan.

Unit Pengajian Am mempunyai misi yang penting bagi melahirkan bakal tenaga kerja separa profesional yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal.

Objektif

 ·        Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan

·        Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional

·        Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dan Perdagangan dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kementerian Pengajian Malaysia

·         

Kursus-kursus yang ditawarkan

·        Pendidikan Islam

·        Pendidikan Moral

·        English For Technical Purposes

·        English For Commercial Purposes

·        Pengajian Malaysia