Kursus Penyelenggaraan Unit Penyamanan Udara Domestik direkabentuk untuk membolehkan pelajar melatih kemahiran berkaitan penyelenggaraan pelbagai model penyamanan udara unit pisah (split unit) bagi unit inverter dan non inverter dalam situasi yang sebenar. Latihan berkaitan bahan pendingin mudah terbakar serta kaedah pengendaliannya dengan peralatan bersesuaian turut diberikan kepada pelajar. Pelajar juga turut dilatih dalam penyelenggaraan penyamanan udara unit pisah yang merangkumi kerja pemeriksaan komponen elektrikal dan mekanikal, pemeriksaan pendawaian, mencuci penyejat dengan kaedah kanvas dan rombakrawat unit dengan bahan pencuci kimia, pemeriksaan signal inverter, penggantian komponen, pemeriksaan kebocoran, proses pengosongan, menambah minyak, mengecas bahan pendingin, dan menguji lari unit pisah. Pendedahan kepada pelajar hal berkaitan tanggungjawab sosial dalam melaksanakan penyelenggaraan penyamanan udara turut diberikan dalam kursus ini.
- Teacher: IRWAN BIN HUSNI HUSNI
- Teacher: MOHD NASRUL BIN HAMDAN MNH
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.