PENGENALAN

Seiring dengan Dasar Automotif Negara versi 4, 2020-2030 (National Automotive Policy, NAP 2020), yang menumpukan kepada pendigitalan industri automotif, teknologi hijau, pembangunan teknologi, pembangunan modal insan, meluaskan pasaran dan penambahbaikan ekosistem industri automotif melalui penghasilan kepakaran di kalangan tenaga mahir. Penghasilan tenaga mahir ini selari dengan permintaan pasaran. industri automotif dan merupakan industri yang penting bagi Malaysia. Oleh itu, untuk mengikuti perkembangan pesat dalam sektor TVET, JPPKK telah bekerjasama secara progresif dengan pemain industri yang utama di negara ini bagi membangunkan kurikulum Sijil Teknologi Automotif. Program ini mengambil masa selama empat semester yang merangkumi tiga semester akademik di kolej komuniti dan satu semester untuk menjalani latihan industri di industri berkaitan semasa semester akhir.

SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajar dan pengajaran mengenai komponen kenderaan, enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, Teknologi Hijau, Pengurusan Enjin, Servis Asas Kenderaan, Rombak Rawat Enjin dan Teknologi Woksyop.

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi automotif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya sebagai:

  • Mekanik
  • Juruteknik servis kenderaan
  • Penasihat servis (Service Advisor)
  • Pengusaha bengkel servis
  • Pengusaha bengkel tayar
  • Pengusaha bengkel elektrik automotif
  • Operator Pemasangan Automotif
  • Detailing Car Wash Attendant
  • Pemeriksan Kenderaan
  • Pengusaha E-Dagangan Automotif
  • Pengusaha Pusat Aksesori Kenderaan
  • Pengusaha Alat Ganti Kenderaan
  • Pengusaha Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan