MPU13061 KURSUS INTERGRITI DAN ANTIRASUAH
Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) merangkumi konsep asas tentang nilai integriti; bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam kehidupan seharian serta dalam organisasi; dan langkah - langkah pencegahan rasuah. 
MPU11012 - PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA memperkenalkan kepada pelajar tentang sejarah negara, sistem politik, pembinaan negara bangsa dan kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul.

MPU12012 -KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian.

MPU12022- BAHASA KEBANGSAAN
MPU13012 - PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan kursus ini berasaskan kepada konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.

MPU13022 - PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian,kemanusiaan dan kemasyarakatan.Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 

SBC10012 - APLIKASI KOMPUTER

Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan perisian aplikasi yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugastugas kehidupan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian yang tentu bagi membina asas penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian dalam melaksanakan dokumentasi harian.

SUE10011 - COMMUNICATIVE ENGLISH

This course is aimed at developing and improving students’ English language competence and confidence to communicate basic personal and non-personal information as well as perform various basic social interactions. Additionally, it is expected that students will also improve their linguistic and non-linguistic competences. Finally, it is hoped that students will be able to function as a basic user of English language at between CEFR A1 to A2 levels.

SUE20021 - WORKPLACE ENGLISH

This course is aimed at developing and improving students' English language competence and confidence to communicate and conduct social transactions in workplace contexts as well as perform familiar job procedures effectively. Additionally, it is expected that students  will improve their linguistic and non linguistic competences. Finally, it is hoped that students will be able to function as an independent user of English language at between CEFR A1 to A2 levels.