PENGENALAN 

Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha merancang dan mengadakan program Sijil Teknologi Senibina secara sepenuh masa selama 2 (dua) tahun bagi menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari ilmu yang berkaitan dengan teknologi senibina secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.

SINOPSIS 

Program Sijil Teknologi Senibina adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang teknologi senibina. Kemahiran menggunakan perisian AutoCad, SketchUp dan Autodesk Revit akan didedahkan kepada pelajar selari dengan keperluan industri masa kini. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti akan dapat menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Program ini akan meningkatkan diri dari segi teknikal, kemahiran kendiri dan meluaskan set minda selari dengan komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah dalam bidang senibina.

PROSPEK 

KERJAYA Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi senibina yang boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
a. Pelukis Pelan Senibina
b. Penolong Pegawai Senibina
c. BIM Modeller
d. Usahawan