Program ini direka bentuk bertujuan menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompetan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri pembuatan. Struktur program ini merangkumi kursus Teknologi Woksyop, Lukisan Kejuruteraan, Kawalan Kualiti, Pneumatik & Hidraulik, Lukisan Terbantu Komputer (CAD 2D dan CAD 3D), Elektro Pneumatik & Elektro Hidraulik, Pemesinan Computer Numerical Control (CNC) Milling dan Lathe, Pemesinan Konvensional, Programmable Logic Controller (PLC), Proses Pembuatan, dan Pemesinan Computer Aided Machining (CAM). Pelajar akan memperoleh kemahiran terkini dalam industri pembuatan untuk mencipta komponen – komponen mekanikal dan juga perkakasan automasi. Program ini akan meningkatkan kemahiran teknikal, personal, penyeliaan, komunikasi dan penyelesaiaan masalah di mana ia adalah sangat penting dalam bidang pembuatan pada masa kini. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan.