SMN 10023 TEKNOLOGI WOKSYOP

Kursus Teknologi Woksyop direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan dalam woksyop. Kemahiran ini merangkumi bidang keselamatan, pengelolaan bengkel, peralatan tangan dan pengukuran, bahan kejuruteraan, pengikat berulir, mesin kuasa dan kerja menggegas. Ini membantu pelajar untuk memahami asas kejuruteraan mekanikal serta berguna untuk memenuhi keperluan kerja di industri.