Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri pembuatan. Struktur program ini merangkumi kursus Teknologi Woksyop, Lukisan Kejuruteraan, Kawalan Kualiti, Pneumatik & Hidraulik, Lukisan Terbantu Komputer (CAD 2D dan CAD 3D), Elektro Pneumatik & Elektro Hidraulik, Pemesinan CNC Milling dan Lathe, Pemesinan Konvensional, Programmable Logic Controller (PLC), Proses Pembuatan, dan Pemesinan CNC Terbantu Komputer (CAM). Pelajar akan memperoleh kemahiran terkini dalam industri pembuatan untuk mencipta komponen – komponen mekanikal dan juga perkakasan automasi. Program ini akan meningkatkan kemahiran teknikal, personal, penyeliaan, komunikasi dan penyelesaiaan masalah dimana ia adalah sangat penting dalam bidang pembuatan pada masa ini.