SMN20213 PEMESINAN KONVENSIONAL

Kursus Pemesinan Konvensional ini direka bentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan proses pemesinan konvensional. Kemahiran ini termasuk pengoperasian mesin larik, mesin kisar, dan mesin canai. Kemahiran ini amat diperlukan bagi memenuhi keperluan kerja di industri pembuatan samada industri kecil-kecilan mahupun di industri yang lebih besar. Pengetahuan dalam pemesinan konventional ini juga akan membantu dalam memahami mesin-mesin yang lebih canggih seperti mesin CNC.