PENGENALAN

Sijil Terapi Kecantikan dan Spa memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran asas di dalam bidang terapi kecantikan dan juga perkhidmatan spa. Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa ingin menghasilkan pelajar yang memenuhi kehendak industri di dalam bidang ini. Pelajar didedahkan kepada kemahiran pelbagai disiplin agar kompeten dalam penggunaan peralatan yang digunakan bagi perkhidmatan seperti body massage, hand and foot treatment, face treatment, body treatment serta water therapy. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari asas pengetahuan dan kemahiran bagi facial treatment, manicure and pedicure, waxing treatment, dan juga makeup procedure. Pelajar turut didedahkan dengan asas penampilan diri dan asas mengendalikan perkhidmatan pelanggan supaya dapat membentuk pelajar menjadi seorang Juruterapi Kecantikan dan Spa yang professional

SINOPSIS 

Program ini direkabentuk dengan mensasarkan kepada mereka yang berminat untuk bekerja di dalam industri kecantikan dan spa. Program yang memfokuskan kemahiran ini adalah bagi menghasilkan pelajar yang kompeten dalam melaksanakan perkhidmatan kecantikan dan spa. Kursus teras displin yang ditawarkan dalam program ini antaranya Anatomy and Physiology, Introduction to Makeup, Beauty Treatment, Manicure and Pedicure Treatment, Basic Makeup, Swedish Massage, Facial Treatment, Advance Makeup, Waxing, Body Therapy dan Urutan Malaysia. Kursus Penampilan Diri, Customer Services serta kursus wajib seperti Communication English dan Workplace English juga ditawarkan bagi meningkatkan potensi diri pelajar agar lebih cekap, tangkas dan mampu berdaya saing dalam melaksanakan tugas.

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplementasikan bagi kerjaya di dalam kedua-dua cabang bidang ini. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut:

  • Junior Spa Therapist
  • Jurusolek
  • Juruterapi Kecantikan
  • Young Entrepreneur Mobile Spa
  • Young Entrepreneur Freelance Makeup Artist