TEMPOH PENGAJIAN

4 semester

Sinopsis Program

Program Dandanan Rambut adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Dandanan Rambut. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan

 

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

 

1. Teknik dan kaedah melaksanakan penjagaan dan penggayaan rambut, guntingan rambut, pengerintingan rambut dan pewarnaan rambut.

2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan .

3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan .

4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

5. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang guntingan dan dandanan rambut.

6. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan salon atau perniagaan.


Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Dandanan Rambut yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Dandanan Rambut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Perunding Imej

Hair Stylist

Juru runding rambut

Freelancer

Usahawan

 

PERMOHONAN

Permohonan Kursus Sepenuh Masa ( https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=kk&id=J05%27 sila klik pautan)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Pengambilan (Puan Quistina Suriani bt. Mazlan ) di talian 012-599 2555