Aplikasi Komputer

Kursus SBC 10022 Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan  penggunaan aplikasi komputer asas yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugasan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian tertentu bagi membina asas dalam penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan  didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian (online) dalam melaksanakan dokumentasi harian.