SMN30123 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER CAD 3D

Kursus Lukisan Terbantu Komputer CAD 3D direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan Lukisan Kejuruteraan. Kemahiran ini termasuk penghasilan Lukisan Komponen (CAD 3D) dan Lukisan Pemasangan (CAD 3D). Kemahiran ini berguna untuk memenuhi keperluan kerja di industri sebagai perekabentuk produk mekanikal.