SMN 30222 PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER (PLC)

Kursus Programmable Logic Controller (PLC) mengandungi pembelajaran dan latihan bagi melaksanakan kawalan sistem PLC. Dalam kursus ini pelajar didedahkan dengan teori dan praktikal mengenai simbol-simbol piawai komponen, fungsi-fungsi komponen input, output serta kaedah untuk membina program PLC. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembinaan sistem PLC, bermula kaedah memprogramkan PLC dan melakukan pemasangan input dan output pada PLC sehingga PLC dapat berfungsi dalam menjalankan satu sistem. Pelajar akan memperoleh kemahiran terkini dalam industri pembuatan untuk mencipta komponen – komponen mekanikal dan juga perkakasan automasi. Program ini akan meningkatkan kemahiran teknikal, personal, penyeliaan, komunikasi dan penyelesaiaan masalah dimana ia adalah sangat penting dalam bidang pembuatan pada masa ini.