SPB 31404 PROJEK PENYELENGGARAAN BANGUNAN

PROJEK PENYELENGGARAAN BANGUNAN bagi meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang penyelenggaraan bangunan. Kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk menterjemahkan idea kreatif dan inovatif kepada situasi praktikal, bekerja secara bebas di makmal atau bengkel, menjalankan kerja lapangan atau kajian akademik, dan mereka bentuk produk berkaitan penyelenggaraan bangunan serta membantu meningkatkan kemahiran penulisan laporan dan pembentangan


SPB 31303 TEKNOLOGI KIMPALAN

TEKNOLOGI KIMPALAN mendedahkan pelajar pada pengetahuan dan kemahiran secara

teori dan amali (hands on) mengenai proses kimpalan arka dan kimpalan arka logam gas

lengai serta kimpalan arka tungsten gas lengai. Ia merangkumi persiapan awal sebelum

mengimpal pada kedudukan rata iaitu pengetahuan tentang bahan, peralatan serta fungsinya,

penyediaan bahan sambungan, teknik mengimpal sambungan arka, pendedahan tentang

etika keselamatan, penampilan diri dan kebersihan ketika di bengkel. Kaedah pemasangan

kelengkapan kimpalan arka logam dan tungsten gas lengai diberi penekanan supaya pelajar

lebih memahami proses sebenar kaedah tersebut.