SPP 10153 PRINSIP PEMASARAN

Prinsip Pemasaran memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip asas

pemasaran. Kursus ini menekankan kefahaman berkenaan persekitaran pemasaran,

gelagat pengguna dan campuran pemasaran yang merupakan asas kepada

pengoperasian sesuatu perniagaan.

SPP 10163 - ASAS PENGURUSAN

Kursus Asas Pengurusan ini memberi pengetahuan asas kepada pelajar berkenaan konsep dan fungsi asas pengurusan yang merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan dalam pengurusan pengoperasian perniagaan. Pelajar juga diberi pendedahan berkenaan asas pengurusan strategik bagi membolehkan pelajar memahami fungsi pengurusan dalam mencapai matlamat organisasi.

SPP 10183 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Kursus Pembangunan Perniagaan bertujuan memberi bimbingan untuk mengenal

pasti matlamat perniagaan dan persediaan menjadi usahawan. Pelajar mempelajari

panduan tatacara pendaftaran perniagaan dan perlindungan hak milik produk sebelum

melaksanakan perniagaan sebenar. Pelajar diberikan pendedahan menyediakan model

perniagaan untuk dijadikan panduan gambaran perniagaan yang akan dilaksanakan.

SPP 10193 - APLIKASI KOMPUTER PERNIAGAAN

Kursus Aplikasi Komputer Perniagaan memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikan penggunaan aplikasi digital yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan aktiviti harian dalam persekitaran perniagaan. Pelajar akan diberi latihan praktikal kaedah yang betul untuk menggunakan aplikasi yang betul bagi membina asas penggunaan aplikasi komputer dan digital. Pelajar juga akan didedahkan kepada perisian digital dalam melaksanakan aktiviti perniagaan dan mengurus maklumat perniagaan.

SPP10173 MATEMATIK PERNIAGAAN

Matematik Perniagaan mendedahkan pelajar dengan konsep asas matematik dan penyelesaian masalah pengurusan perniagaan melalui kaedah kuantitatif