STK20062 - ANATOMY AND PHYSOLOGY

Anatomy and Physiology memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem organ dalam badan manusia. Kursus ini memberi pendedahan tentang pelbagai organ yang membentuk setiap sistem dan fungsi organ tersebut. Kefahaman mengenai anatomi dan fisiologi akan membentuk asas pengetahuan pelajar mengenai struktur badan dan fungsinya dalam melakukan rawatan..

STK20073 - BEAUTY TREATMENT

Beauty Treatment bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang terapi kulit muka, kontur mata serta penghasilan masker alami agar pelajar dapat mengamal dan mempraktikkan kemahiran tersebut dalam rawatan kulit muka. Kursus ini ditawarkan sebagai pengenalan bagi membina asas kukuh dalam rawatan kulit muka.

STK20083 - MANICURE AND PEDICURE TREATMENT

Manicure and Pedicure Treament ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan spa tangan dan spa kaki mengikut prosedur yang betul. Pelajar didedahkan kepada kemahiran pelbagai disiplin agar mereka kompeten dalam penggunaan peralatan yang digunakan serta rawatan bagi perkhidmatan penjagaan tangan dan kaki.

STK20093 - BASIC MAKEUP

Basic Makeup menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas mengenai jenis – jenis

solekan seperti Solekan Siang, Solekan Malam dan Solekan Pengantin. Kursus ini

membolehkan pelajar mempamerkan hasil Basic Makeup yang bersesuaian mengikut

tema yang diberikan. Seterusnya pelajar dapat menggunakan teknik solekan

berdasarkan etika professional seorang juruterapi kecantikan dan spa dalam

melaksanakan prosedur kerja yang berkesan.

STK20103 - SWEDISH MASSAGE