SFP30123 - PAKAIAN LELAKI

Kursus PAKAIAN LELAKI ini memperkenalkan kepada pelajar tentang proses pembuatan pakaian lelaki. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki membincangkan tentang sejarah dan ciri-ciri pakaian lelaki khususnya Baju Melayu Cekak Musang dan Kemeja. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian lelaki mengikut proses kerja yang betul. Laporan yang lengkap dengan proses penghasilan pakaian lelaki dengan disertakan dengan lembaran kos perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.