SAU30111 KHIDMAT PELANGGAN

Kursus Khidmat Pelanggan direkabentuk untuk membolehkan pelajar melatih kemahiran automotif mereka dalam situasi yang sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan pelaksanaan khidmat pelanggan yang merangkumi proses khidmat pelanggan, kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan maklumat.

SAU30122 TEKNOLOGI HIJAU AUTOMOTIF

Kursus Teknologi Hijau Automotif direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai teknologi hijau dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan teknologi hijau kenderaan hibrid dan elektrik.

SAU30132 SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN

Kursus Sistem Penyamanan Udara Kenderaan direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem penyamanan udara kenderaan dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan menyelenggara sistem penyamanan udara kenderaan dengan mengamalkan kemahiran mengurus dan keusahawanan.

SAU30142 SISTEM ELEKTRIK ENJIN

Kursus Sistem Elektrik Enjin direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem elektrik enjin dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan kerja amali untuk melakukan proses penyelenggaraan motor penghidup, pengecas ulang alik dan unit penyalaan.

SAU30153 SISTEM PENGURUSAN ENJIN

Kursus Sistem Pengurusan Enjin direkabentuk untuk membolehkan pelajar melatih kemahiran automotif mereka dalam situasi yang sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan selenggara sistem pengurusan enjin yang merangkumi kerja menyelenggara sistem bahan api petrol, diesel, sistem suntikan bahan api dan unit pendesak enjin.

SAU30163 ROMBAK RAWAT ENJIN

Kursus Rombak Rawat Enjin direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai rombak rawat enjin dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar didedahkan dengan latihan merombak rawat unit pemasaan enjin, kepala silinder dan bongkah silinder.