SPP20213 - PRINSIP PERAKAUNAN

Kursus Prinsip Perakaunan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prinsip dan kitaran perakaunan yang lengkap mengikut piawaian perakaunan di Malaysia. Ia merangkumi proses merekod transaksi perniagaan dan menyediakan laporan penyata kewangan perniagaan. Di topik akhir kursus, pelajar diberi pendedahan untuk mentafsir data kewangan bagi membantu dalam membuat keputusan perniagaan.

SPP20223 - KEUSAHAWANAN DIGITAL

Kursus Keusahawanan Digital direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi digital dalam menguruskan aktiviti keusahawanan.  Skop kemahiran digital ini merangkumi pemasaran menggunakan platfprm digital seperti e-dagang, media sosial dan laman sesawang. Ini membantu pelajar untuk memahami peranan pendigitalan di dalam perniagaan serta berguna untuk memenuhi keperluan kerja di industri.

SPP20233 - ETIKA PERNIAGAAN

Kursus Etika Perniagaan mendedahkan pelajar mengenai konsep teori etika dan moral dalam perniagaan serta nilai kerja dan tanggungjawab seorang pekerja, majikan atau pemilik perniagaan itu sendiri. Kursus ini juga mendedahkan pelajar berkenaan urustadbir korporat dan tanggungjawab sosial dalam perniagaan yang akan membantu pelajar untuk memahami konsep etika dalam dunia pekerjaan sebenar.

Kandungan di dalam kursus ini ialah :

  1. Topik 1 - Konsep Nilai, Moral dan Etika
  2. Topik 2 - Teori Etika Dalam Perniagaan
  3. Topik 3 - Budaya Korporat dan Kepimpinan Beretika
  4. Topik 4 - Nilai Kerja dan Tanggungjawab Pekerja
  5. Topik 5 - Tadbir Urus Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat