STK10012 - PENAMPILAN DIRI

Kursus  Penampilan Diri  ini  dibina  untuk  meningkatkan pengetahuan pelajar  dalam memantapkan tatacara penampilan diri secara efisien, serta meningkatkan personaliti diri  yang  baik  dengan  kemahiran  komunikasi  yang  jelas.  Keterampilan  diri  dan personaliti  yang menarik  merupakan  aset  bernilai  kepada  seseorang.  Personaliti bukan  sahaja  merujuk  kepada  cara  berpakaian,  paras  rupa  atau  keadaan  fizikal seseorang.  Melalui  kursus  ini,  pelajar  akan  didedahkan  dengan  ilmu,  kemahiran, panduan    dan    membolehkan    kemajuan    kepada    pelajar    dalam    memantapkan keterampilan  diri  serta  personaliti  di  alam pekerjaan.  Kursus ini  ditawarkan  dalam semester   pertama  bagi   membina   asas   pengenalan   dalam  penampilan  diri   yang membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus seterusnya.

STK10022 - CUSTOMER SERVICES

Kursus Customer Services ini dibina untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam berkomunikasi semasa pengajian atau ketika di alam pekerjaan. Komunikasi tidak sahaja berlaku melalui percakapan tetapi juga ketika mendengar, membaca, menulis dan gerak badan. Semuanya memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari. Melalui kursus ini, ia juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi bersama pelanggan. Kursus ini ditawarkan dalam semester pertama bagi membina asas pengenalan dalam Customer Services yang membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus seterusnya.

STK10043 - INTRODUCTION TO MAKEUP

Introduction to Makeup memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai asas solekan mengikut kaedah yang bersesuaian berdasarkan struktur muka yang dipelajari. Kursus ini ditawarkan dalam semester pertama bagi membina asas solekan dalam bidang ini dan membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus seterusnya

STK10053 - INTRODUCTION TO SPA CONCEPT

Introduction to Spa Concept memberi penekanan kepada pelajar agar lebih memahami jenis - jenis operasi perkhidmatan spa. Selain itu juga, pelajar akan didedahkan dengan asas keusahawanan bagi penubuhan sesebuah spa.