STK30113 FACIAL TREATMENT

Facial Treatment bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas mengenai jenis-jenis mesin rawatan kulit muka seperti High Frequency Machine, Ultrasonic Machine dan Scrubber Machine. Kursus ini ditawarkan bagi membolehkan pelajar mempamerkan langkah rawatan yang berkesan mengikut permasalahan kulit muka pelanggan. Seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikan langkah – langkah rawatan berdasarkan etika professional seorang juruterapi kecantikan dan spa dalam melaksanakan prosedur kerja yang berkesan.

STK30123 ADVANCE MAKEUP

Advance Makeup menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas mengenai jenis – jenis solekan seperti Face Art dan Solekan Kesan Khas. Ia juga membolehkan pelajar mempamerkan hasil Solekan Kesan Khas yang bersesuaian mengikut tema yang diberikan. Ini seterusnya membolehkan pelajar menggunakan teknik solekan berdasarkan kehendak industri yang merangkumi etika professional seorang juruterapi dalam melaksanakan prosedur kerja yang berkesan.

STK30133 WAXING

Waxing mendedahkan kepada pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai Hot Waxing dan Warm Waxing supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran tersebut bagi memenuhi kehendak pelanggan. Ianya merangkumi pengenalan kepada bahan, peralatan, prosedur langkah kerja serta etika kebersihan dan keselamatan untuk menjadi seorang juruterapi kecantikan dan spa.

STK30143 BODY THERAPY

Body Therapy merupakan ilmu dan kemahiran mengenai rawatan badan mengikut prosedur yang betul dari segi teori dan amali (hands on). Ia merangkumi proses pemeriksaan kontra indikasi dan rawatan terapi badan serta pendedahan kepada etika kebersihan dan keselamatan ketika melaksanakan rawatan.

STK30153 URUTAN MALAYSIA

Urutan Malaysia menerangkan kepentingan pelaksanaan dalam menjaga kesejahteraan tubuh badan. Selain daripada itu, pelajar didedahkan dengan bahan dan peralatan yang digunakan serta fungsinya. Pelajar akan mengetahui kontra indikasi sebelum melaksanakan urutan tersebut. Seterusnya, pelajar juga akan didedahkan dengan teknik dan prosedur yang perlu dituruti dalam melaksanakan urutan ini.