SPU10052 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) direkabentuk untuk memberi pemahaman mengenai konsep dan peruntukan peraturan di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA). Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar berkenaan tanggungjawab pekerja dalam melaksanakan dan mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja serta memberi kesedaran berkenaan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit serta tanggungjawab dan kesalahan. Pelajar juga akan didedahkan dengan pemahaman mengenai isu-isu utama dalam Pengurusan OSH, Pencegahan Insiden, Keselamatan Kebakaran, Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC), Persekitaran Tempat Kerja dan Ergonomi.

SAU10012 TEKNOLOGI WOKSYOP

Kursus Teknologi Woksyop direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai teknologi woksyop dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja mengendalikan bengkel dalam aspek amalan keselamatan dan pengendalian bengkel, peralatan tangan, kerja mengegas dan pengikat berulir.

SAU10022 SERVIS ASAS KENDERAAN

Kursus Servis Asas Kenderaan direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai servis asas kenderaan dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja dengan menukar minyak pelincir, minyak transmisi manual, minyak transmisi automatik, menservis palam pencucuh dan penapis udara.

SAU10032 SELENGGARA RODA

Kursus Selenggara Roda direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai penyelenggaraan roda dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menukar tayar, menampal tayar, imbangan roda dan penjajaran roda.

SAU10042 SISTEM STERENG

Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajar dan pengajaran mengenai komponen kenderaan, enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, Teknologi Hijau, Pengurusan Enjin, Servis Asas Kenderaan, Rombak Rawat Enjin dan Teknologi Woksyop.

SAU10053 SISTEM BREK

Kursus Sistem Brek direka bentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem brek dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menservis silinder induk, servo, brek cakera, brek dram, brek parkir dan antilock braking system (ABS).

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

HPK1 : Menerangkan kendalian sistem brek pada kenderaan (C2, HPP 1).

HPK2 : Melaksanakan penyelenggaraan sistem brek kenderaan mengikut buku panduan servis (P3, HPP 2).

HPK3 : Mengamalkan etika dan profesionalisme semasa melakukan penyelenggaraan sistem brek kenderaan mengikut prosedur kerja dengan betul (A3, HPP 8).