SAU20062 SISTEM ELEKTRIK KENDERAAN

Kursus Sistem Elektrik ini direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem elektrik automotif dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatihkan melakukan kerja penyelenggaraan bateri kenderaan dan pendawaian elektrik kenderaan.

SAU20072 SISTEM GANTUNGAN

Kursus Sistem Gantungan direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem gantungan pada kenderaan dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja penyelenggaraan sistem gantungan yang merangkumi kerja menservis sistem gantungan hadapan, sistem gantungan belakang, hub dan knuckle.

SAU20082 SISTEM PACUAN AKHIR

Kursus Sistem Pacuan Akhir direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem pacuan akhir dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja penyelenggaraan drive shaft, propeller shaft serta merombak rawat gandar belakang (rear axle).

SAU20093 SISTEM TRANSMISI MANUAL

Kursus Sistem Transmisi Manual direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem transmisi manual dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja menyelenggara sistem klac transmisi manual pacuan hadapan dan pacuan belakang.

SAU20103 SISTEM TRANSMISI AUTOMATIK

Kursus Sistem Transmisi Automatik direkabentuk untuk melatih kemahiran pelajar mengenai sistem transmisi automatik dengan mempraktiskan gerak kerja amali sebenar. Pelajar dilatih melakukan kerja merombak rawat unit transmisi automatik, unit hidraulik automatik serta unit elektrik dan elektronik transmisi automatik.

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

HPK : Menerangkan kendalian transmisi automatik( C2 , HPP 1 )berdasarkan peranannya pada kenderaan. ( C2 , HPP 1 )

HPK2 : Melaksanakan rombak rawat transmisi automatik mengikut buku panduan servis.( P3 , HPP 2 )

HPK3: Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dan kerja berpasukan dalam proses merombak rawat transmisi automatik.( A2 , HPP 9 )