STK10012 PENAMPILAN DIRI
Kursus Penampilan Diri ini dibina untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam memantapkan tatacara penampilan diri secara efisien, serta meningkatkan personaliti diri yang baik dengan kemahiran komunikasi yang jelas. Keterampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada seseorang. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaan fizikal seseorang. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan ilmu, kemahiran, panduan dan membolehkan kemajuan kepada pelajar dalam memantapkan keterampilan diri serta personaliti di alam pekerjaan. Kursus ini ditawarkan dalam semester pertama bagi membina asas pengenalan dalam penampilan diri yang membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus seterusnya.
STK10022 CUSTOMER SERVICES

Kursus Customer Services ini dibina untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam berkomunikasi semasa pengajian atau ketika di alam pekerjaan. Komunikasi tidak sahaja berlaku melalui percakapan tetapi juga ketika mendengar, membaca, menulis dan gerak badan. Semuanya memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari. Melalui kursus ini, ia juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi bersama pelanggan. Kursus ini ditawarkan dalam semester pertama bagi membina asas pengenalan dalam Customer Services yang membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus seterusnya.

STK10033 SPA HYGIENE AND SAFETY

Spa Hygiene and Safety memberi pendedahan kepada pelajar tentang kebersihan dan keselamatan seorang Juruterapi Kecantikan dan Spa dalam melaksanakan rawatan. Kursus ini memberi kefahaman tentang kebersihan dan keselamatan adalah fisiologi yang berkaitan dengan pencegahan penyakit, pemeliharaan, peningkatan kesihatan serta keselamatan diri juruterapi dan pelanggan.

STK10043 INTRODUCTION TO MAKEUP

Introduction to Makeup memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai asas solekan mengikut kaedah yang bersesuaian berdasarkan struktur muka yang dipelajari. Kursus ini ditawarkan dalam semester pertama bagi membina asas solekan dalam bidang ini dan membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus seterusnya.

STK10053 INTRODUCTION TO SPA CONCEPT

Introduction to Spa Concept memberi penekanan kepada pelajar agar lebih memahami jenis - jenis operasi perkhidmatan spa. Selain itu juga, pelajar akan didedahkan dengan asas keusahawanan bagi penubuhan sesebuah spa.