SDR10012 - KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SALUN

Kursus Kebersihan dan Keselamatan di Salun ini mendedahkan pelajar mengenai asas kebersihan dan prosedur keselamatan di salun yang merangkumi pengetahuan pengendalian alatan, bahan dan persekitaran di salun. Pelajar akan mempraktikkan amalan kebersihan dan prosedur keselamatan di salun ketika melakukan rawatan mengikut situasi sebenar di industri.

SDR10033 - HAIR SHAMPOOING AND CONDITIONING

Kursus Hair Shampooing and Conditioning atau Mensyampu dan Merapi Rambut memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran mengenai cucian rambut. Melalui kursus ini pelajar akan mendapat pendedahan berkaitan peralatan dan bahan serta teknik cucian dan perapi rambut yang digunakan dalam industri dandanan rambut. Pelajar juga akan mempelajari teknik konsultasi yang berkesan sebelum melaksanakan cucian rambut kepada pelanggan berdasarkan standard industri.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK):

HPK 1 : Membincangkan  pengetahuan asas hair shampooing and conditioning (C2, HPP1)

HPK 2 : Menghasilkan semula hair shampooing and conditioning mengikut teknik dan kaedah yang 

              betul. (P3, HPP3)

HPK 3 : Mengamalkan prosedur kerja hair shampooing and conditioning yang betul (A2, HPP5)

SDR10043 - HAIR AND SCALP TREATMENT
SDR10053 - BASIC HAIRCUT
SDR10062 - THERMAL HAIRSTYLING

Kursus Thermal Hairstyling ini dibina untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang gaya rambut yang mengaplikasikan penggunaan haba seperti curling tong dan flat iron. Kaedah ini digunakan untuk melakukan pelurusan rambut sementara serta pengeritingan rambut sementara. Pelajar juga didedahkan dengan teknik meniup kering rambut (blow dry). Pelajar juga diberi pengetahuan mengenai penggunaan alatan dan bahan serta fungsi dengan kemahiran yang biasa digunakan dalam industri dandanan rambut. Pelajar dilatih agar berkemahiran dalam membuat pemilihan stail yang menarik bagi menyerlahkan penampilan pelanggan.  

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) :

HPK 1 : Menyatakan teori asas thermal hairstyling sebagai penggayaan rambut (C2,HPP1)

HPK 2 : Menghasilkan semula teknik dan kaedah melakukan thermal hairstyling mengikut analisa (P3, HPP3)

HPK 3 : Mengamalkan etika seorang hairstylist dalam menghasilkan thermal hairstyling kepada pelanggan (A2, HPP8)