STP 10102_KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 

memberi pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan agar pelajar dapat mengutamakan dan mengamalkan aspek keselamatan ini di tempat kerja.

Pelajar dapat mengetahui langkah-langkah keselamatan dan pencegahan daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja.

STP 10303 UKUR ARAS

UKUR ARAS bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar tentang ilmu ukur dalam projek pembinaan. Antara kemahiran yang akan dipelajari ialah seperti kemahiran untuk menghasilkan peta kontur, kerja penambakan dan pemotongan, kerja memancang tanda serta mendirikan batu aras bagi sesuatu projek pembinaan.

STP 10403 LUKISAN PEMBINAAN (CAD & BIM)

LUKISAN PEMBINAAN (CAD & BIM) ini mendedahkan pelajar tentang penggunaan perisian Autodesk Autocad dan Autodesk Revit sebagai alat dalam teknologi pembinaan terkini iaitu Building Information Modelling (BIM). Pelajar akan mempelajari kemahiran membaca serta melukis lukisan pembinaan, lukisan perkhidmatan bangunan dan lukisan butiran struktur.