PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

Pemasangan Elektrik Tiga Fasa mengandungi pembelajaran teori dan praktikal bagi melaksanakan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik tiga fasa. Pelajar didedahkan kepada teknik melukis gambarajah litar, mendawai dan menguji pepasangan serta mengesan kerosakan dan baikpulih pepasangan elektrik tiga fasa. 

SISTEM KESELAMATAN DAN PENYAMANAN UDARA

Kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara ini memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan pemasangan dan penyelenggaraan pendingin hawa, sistem penggera kebakaran, sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera keselamatan

SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Kursus ini memberi pengetahuan asas mengenai sistem automasi bangunan yang merujuk kepada penciptaan berpusat, sistem rangkaian perkakasan dan perisian yang memantau dan mengawal sistem kemudahan bangunan. Kursus ini dilaksanakan secara praktikal di mana melaksanakan pemasangan dan pengaturcaraan aplikasi kawalan sistem automasi bangunan bagi memenuhi keperluan teknologi terkini di industri.

MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

Kursus Motor Elektrik Tiga Fasa memberi penekanan kepada pengendalian serta bahagian-bahagian penting motor tiga fasa. Di samping itu juga kursus ini berkaitan dengan kaedah pemasangan, kawalan, penyelenggaraan dan kaedah baik pulih motor elektrik tiga fasa