LUKISAN KERJA BERBANTU KOMPUTER

LUKISAN KERJA BERBANTU KOMPUTER ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang jenis-jenis lukisan dan simbol-simbol yang digunakan dalam bidang senibina. Pelajar juga akan menghasilkan set lengkap lukisan kerja dengan berbantu komputer.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Kursus KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas.

TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN

TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN mendedahkan pelajar kepada senario industri pembinaan samada secara konvensional atau menggunakan teknologi terkini. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis-jenis struktur utama bangunan dan komponen bangunan termasuk menyediakan lakaran struktur dan komponen tersebut.

AMALAN IKHTISAS

AMALAN IKHTISAS bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang garis panduan perancangan, Kaedah penyerahan pelan dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Pelajar juga dapat mengetahui kehendak undang-undang berkaitan ruang, pencahayaan, pengudaraan serta kehendak menentang kebakaran mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam.

LUKISAN 3D BERBANTU KOMPUTER

LUKISAN 3D BERBANTU KOMPUTER bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik penghasilan lukisan 3D berbantu komputer. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip-prinsip asas untuk menyediakan set lukisan 3D.