STK20253: MAKEUP ARTISTRY

Kursus MAKEUP ARTISTRY direka bentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas solekan mengikut kaedah yang bersesuaian berdasarkan struktur dan jenis kulit muka. Selain itu pelajar juga akan didedahkan dengan jenis – jenis solekan yang diaplikasikan dalam industri solekan terkini. Seterusnya kursus ini membolehkan pelajar mempamerkan hasil solekan yang bersesuaian mengikut tema yang diberikan menggunakan teknik solekan yang dipelajari. Dalam masa yang sama pelajar juga akan mengamalkan etika professional seorang juruterapi kecantikan dan spa yang berkesan dalam melaksanakan prosedur kerja solekan.