SPP20203 MIKROEKONOMI

Mikroekonomi menerangkan tentang konsep dan teori asas ekonomi serta permasalahannya. Penekanan kursus ini adalah terhadap pengetahuan dan pemahaman tentang teori permintaan, penawaran, keseimbangan pasaran, pengeluaran dan kos pengeluaran. Selain itu, kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam menentukan kecekapan pasaran dan kesan campur tangan kerajaan dalam pasaran.


  • Enrolled students: 3
PENGURUSAN PROSES PERNIAGAAN

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep asas pengurusan proses perniagaan yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, kawalan, dan penambahbaikan proses dalam sesebuah organisasi. Pelajar akan mempelajari jenis-jenis proses perniagaan, susun atur operasi, strategi proses dan lokasi, serta kawalan inventori yang berkesan.

Fokus utama adalah untuk memahami bagaimana proses yang sistematik dan terancang dapat meningkatkan kecekapan, kualiti perkhidmatan, dan produktiviti organisasi. Kursus ini juga membincangkan pendekatan moden seperti kaedah Just-In-Time (JIT), serta kepentingan penyelarasan proses dalam persekitaran perniagaan yang dinamik.

Melalui gabungan teori dan latihan praktikal, pelajar akan dapat mengenal pasti, menganalisis dan mencadangkan penambahbaikan proses perniagaan sebenar dalam pelbagai industri.


  • Enrolled students: 15
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan Sumber Manusia memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prinsip, konsep dan pendekatan pengurusan sumber manusia di dalam organisasi. Pelajar juga akan diajar berkenaan dengan pengurusan & perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan pekerja, latihan, pembangunan dan penilaian prestasi, pampasan dan faedah serta hubungan industri di Malaysia.

  • Enrolled students: 15
KEUSAHAWANAN DIGITAL

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep asas keusahawanan dalam era digital dengan penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dan platform dalam talian. Pelajar akan mempelajari strategi memulakan dan mengurus perniagaan digital, termasuk pembangunan idea, penciptaan jenama, pemasaran digital, serta penggunaan media sosial dan e-dagang untuk menjana pendapatan.

Kursus ini juga membimbing pelajar membina laman perniagaan digital asas, mengenal pasti peluang pasaran dalam talian, dan mengaplikasikan model perniagaan digital yang sesuai. Penekanan turut diberikan kepada keselamatan data, etika dalam perniagaan digital, dan analisis prestasi digital.

Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh kemahiran asas untuk menjadi usahawan digital yang berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan landskap ekonomi moden yang pantas berubah.


  • Enrolled students: 7
PRINSIP PERAKAUNAN

Kursus Prinsip Perakaunan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prinsip dan kitaran perakaunan yang lengkap mengikut piawaian perakaunan di Malaysia. Ia merangkumi proses merekod transaksi perniagaan dan menyediakan laporan penyata kewangan perniagaan. Di topik akhir kursus, pelajar diberi pendedahan untuk mentafsir data kewangan bagi membantu dalam membuat keputusan perniagaan.

SPP 10233 APLIKASI KOMPUTER PERNIAGAAN

Kursus Aplikasi Komputer Perniagaan memberikan pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan aplikasi digital yang secara sistematik dan beretika bagi melaksanakan aktiviti harian dalam persekitaran perniagaan. Pelajar akan diberi latihan praktikal kaedah yang betul untuk menggunakan aplikasi yang sesuai bagi membina asas penggunaan aplikasi komputer dan digital. Pelajar juga akan didedahkan kepada perisian digital dalam melaksanakan aktiviti perniagaan dan mengurus maklumat perniagaan.

MATEMATIK PERNIAGAAN
  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.