MPU11022 PENGAJIAN MALAYSIA

SINOPSIS

PENGAJIAN MALAYSIA memperkenalkan kepada pelajar tentang sejarah negara, sistem politik, pembinaan negara bangsa dan kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul.


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

CLO 1 : membincangkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan ke arah mengukuhkan semangat patriotisme. (A2, CLS5)

CLO 2 : mengenalpasti sikap dan tanggungjawab yang signifikan terhadap sistem politik dan pembinaan negara bangsa. (A1, CLS3B)

CLO 3 : mengamalkan sikap yang positif terhadap proses pembinaan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam masyarakat. (A2, CLS3F)

MPU13042 PENDIDIKAN ISLAM

SINOPSIS

PENDIDIKAN ISLAM disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan kursus ini berasaskan kepada konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

HPK1 : menunjukkan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan seharian seorang muslim. (A1, CLS3d)

HPK2 : membentangkan etika dan profesionalisme dalam institusikeluarga ke arah pembentukan ummah yang mapan. (A2, CLS5)

HPK3 : membincangkan inisiatif yang signifikan dalam mendepanicabaran semasa masyarakat Islam di Malaysia. (A2, CLS4)

SBC10022 APLIKASI KOMPUTER

Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan perisian aplikasi komputer asas yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugasan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian yang tertentu bagi membina asas dalam penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian dalam melaksanakan dokumentasi harian.

MPU12062 BAHASA KEBANGSAAN A

SINOPSIS

BAHASA KEBANGSAAN A menawarkan pengetahuan berkenaan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Kursus ini juga diajar dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa pelajar dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Kursus ini mensasarkan keberhasilan pencapaian pelajar dengan sekurang-kurangnya mencapai Tahap A2 berdasarkan skala pencapaian pelajar di dalam Common European Framework of Reference (CEFR).


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

CLO 1 : menggunakan pelbagai ayat yang gramatis mengikut konteks yang tepat. (A1, CLS3B)

CLO 2 : menulis pelbagai jenis bentuk penulisan dengan jelas dan bersistematik. (A2, CLS3B)

CLO 3 : menunjukkan kaedah bertutur dalam komunikasi lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul. (A3, CLS3C)