SINOPSIS:
Kursus Digital Entrepreneurship for Service Industry direka bentuk bagi membangunkan kreativiti dalam menjalankanperniagaan digital. Kursus ini juga mendedahkan pelajar tentang cara menjalankan perniagaan menggunakan platformpemasaran dalam talian seperti pemasaran media sosial, laman web, pemasaran mudah alih dan pemasaran e-mel. Selain itu, iamemberi penekanan kepada pembangunan e-perniagaan melalui platform e-dagang untuk mencapai pasaran yang lebih luas.Melalui kefahaman terhadap asas keusahawanan digital, pelajar dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, merancangstrategi pemasaran secara digital dan mengurus operasi perniagaan dengan berkesan.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
CLO 1: menjelaskan teori dan konsep keusahawanan digital dalam industri perkhidmatan. (C2, PLO1)
CLO 2: menghasilkan platform keusahawanan dengan menggunakan aplikasi digital. (P3, PLO6)
CLO 3: menerangkan pemilihan teknik pemasaran digital dalam talian. (A3, PLO10)

- Teacher: HASNIZA BINTI TAWYER ;)
- Enrolled students: 7
