SUG10022 PEMATUHAN TEKNOLOGI HIJAU

Kursus Pematuhan Teknologi Hijau dibangunkan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang integrasi pengetahuan, kemahiran, amalan dan pematuhan hijau selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti mampan yang berkaitan dalam mencapai SDGs yang turut merangkumi inovasi, daya maju dan mengekalkan sumber semula jadi. Pelajar juga akan mempelajari bidang lain yang menggunakan teknologi hijau seperti tenaga, pengangkutan, bangunan, air dan pengurusan sisa.