STS10053 ASAS LUKISAN SENIBINA

SINOPSIS: 

ASAS LUKISAN SENIBINA bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penghasilan lukisan senibina. Pelajar akan ditunjukkan cara penggunaan peralatan lukisan dengan betul dan selamat. Pelajar akan menghasilkan lukisan senibina 2D dan 3D serta diberi pengetahuan kepada jenis-jenis garisan, penghurufan dan bentuk-bentuk asas lukisan geometri.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):

 Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 

CLO 1: menerapkan pengetahuan asas penghasilan lukisan senibina dengan teknik dan penggunaan peralatan yang betul   (C2, PLO1)

CLO 2: menghasilkan semula lukisan asas senibina 2D dan 3D dengan skala dan pengukuran yang betul    (P3, PLO2)

 CLO 3: mengatur satu set lukisan asas senibina 2D dan 3D secara professional dan beretika     (A2, PLO8)