STG10182_ASAS LUKISAN (SEM1)

Kursus ASAS LUKISAN memperkenalkan pelajar kepada asas dalam melukis dengan menggunakan pelbagai teknik lukisan serta meneroka bahan-bahan lukisan yang berbeza. Kemahiran ini dikembangkan bersama dengan kepekaan terhadap estetika bentuk dan ruang termasuk perspektif linear, nilai, garisan dan kualiti garisan. Pengalaman diperoleh melalui penerokaan dan pemerhatian terhadap persekitaran fizikal. Pelajar akan menghasilkan karya seni atas pelbagai jenis kertas berdasarkan subjek seperti lukisan objek nyata, landskap, haiwan dan potret diri.