SDD10023 PENGENALAN KEPADA ANIMASI

Pengenalan Kepada Animasi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkaitan sejarah serta perkembangan animasi tempatan dan dunia terutama dalam aspek perbezaan karakter, budaya dan negara. Disamping itu evolusi teknologi dan aplikasi animasi juga dibincangkan dalam kursus ini secara berperingkat untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar terhadap penghasilan animasi masa kini.